Pengenalan Taman Scientex Senai

Taman Scientex Senai mempunyai keluasan sekitar 250 ekar yang terdiri dari rumah kediaman, industri dan hab komersil. Bagi rumah kediaman, sehingga Julai 2019, terdapat 1,495 unit rumah telah siap dibina dan 502 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ) sedang dibina. Dianggarkan sejumlah 70% rumah-rumah yang dibina ini telah didiami. Hasil dari bancian, sehingga Julai 2019, seramai 966 orang penduduk Muslim telah direkodkan menetap di Taman Scientex Senai, yang mana 577 orang adalah Muslim dewasa dan 389 adalah kanak-kanak. Jumlah ini tidak termasuk bilangan Muslim yang berada di sekitar Taman Scientex Senai iaitu 500 orang pekerja Muslim dianggarkan yang bekerja di perusahaan berdekatan, 400 orang penduduk Muslim Taman Desa Idaman dan sekitar 250 orang Muslim di Pangsapuri Sri Indah dan Sri Bayu bersebelahan dengan Taman Scientex Senai. Dari hasil jumlah ini, dianggarkan seramai 2000 orang penduduk/pekerja Muslim yang berada di sekitar Taman Scientex Senai pada satu-satu masa. Walaubagaimana pun, hanya 1 surau sahaja iaitu Surau Al-Ikhlas, Taman Desa Idaman yang ada bagi mereka beribadat dan menganjurkan aktiviti keagamaan.